Friday 22 March 2013

Keputusan SPM ?

21 MARCH 2013 tarikh yang saya takkan lupa . Tarikh saya dapat result SPM . Ya Allah , sedih sangat2 . belum sempat cikgu memberikan slip peperiksaan SPM saya dah sebak . Saya tak dapat apa yang saya target . Saya sedih sangat2 sebab tak dapat nak membanggakan Mama , Abang dan kakak saya . Saya jadi sebak sebab saya dah buat yang terbaik ! Saya nak jadi yang terbaik . Saya tak pernah berhenti berdoa . hm . Walaupun saya menangis , meraung , mengamuk atau ape2 yang terok , result saya tetap same :'/ saya nak sangat buat checking balik . Lepas ambik result semalam , saya ke pantai ngn buddyz saya . saya menjerit macam orang gila . seriously , saya tertekan sangat . saya tak dapat terima kenyataan ni . saya harap sangat dapat undur mase . saya ..... urghh ! saya malu dengan diri sendiri . ya , mmg lah saya tak gi satu pun tuisyen , saya tak dapat satu pun tuisyen sepanjang duk asrama . tapi slalu tidor lewat mlam smate2 nak study . Mama , Abang , Miera .. Dilla mintak maaf sebab malukan keluarga . Dilla dah buat yang terbaik . Tapi setakat tu je yang dilla mampu bagi . Skali lagi dilla mintak maaf :'(

Monday 17 December 2012

SAY NO TO COUPLE !


Kenapa manusia still 'couple' sedangkan diorang tau yang couple tu haram disisi ISLAM ? terdetik gak dekat hati saya nak couple . nak sangat . sebab saya takut orang lain ambik orang yang saya suka tu . tapi Allah sangat sayangkan saya . Allah pelihara saya dari melakukan perkara haram . Ustaz Azhar Idrus pernah kata ''kalau kita sayangkan seseorang tu , pastikan kita akan berusaha supaya untuk selamatkan seseorang itu daripada azab api neraka dan mampu membawanya ke SYURGA . you got that ? Couple ni hanya sementara . Nanti dah kahwin lagii lama dapat bersama . Al-Quran ade mnyatakan , perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik . Sape nak kahwin ngan orang jahat ? takde kan ? mmg confirm lah rumahtangga tak bahagia kalu si suami tak ade iman . Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya daripada sesuatu yang haram kerana Allah maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal ;)) . Renung-renungkanlah dan selamat beramal . Assalamualaikum . -ADINDA-